Cinta Remaja

dipetik dr http://hanan.com.my/viewtopic.php?topic=1107&forum=8. tried to cut it short.

rase mcm nk share pulak…🙂

…..Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.

Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu
syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku.

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta
terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan
ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk SEGERA berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya,kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk
namanya – Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan
lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, “Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya
‘bergayut’, tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.

Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.
Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt
Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu
keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Jangan tertipu dengan badan yang sihat kerana kematian tak pernah berjanji akan datang pada badan yang sakit.
Jangan tertipu dengan suasana yang aman kerana
kematian tak pernah berjanji akan datang pada waktu peperangan.
Jangan tertipu dengan umur yang muda kerana kematian tak pernah berjanji akan datang pada umur yang tua

3 thoughts on “Cinta Remaja

  1. wahai sahabat apakah engkau tahu keadanku yang sekarang ini?aku lagi bingung banget sebenarnya aku jg takut banget,,aku mengahadapi hal yang paling aku takutkan selama ini…………di satu fihak ibu yang sdh nglahirin aku dan besarin aku dgn pnh kasih sayang d satu fihak orang yang tlah mengisi hari-hariku dengan penuh kasih sayan n pnh cntag,sahabat tolonglah aku………………aku tahu mgkin akau salah tp apakah perasaanku ini salah?dia tu baik….sopandan dia jg rajin sholat tapi dia d mata ibuku msh kurang terus????????????tolong kasih tahu jalan keluarny?kalo mo hub aku 085226444813 please aku mohon ya secepatnya………

  2. Salaam Alaiki😉
    Restu ibu bapa itu sangat penting. Sebaiknya saudari solat istikharah dahulu. minta petunjuk Allah swt adakah pilihan saudari itu adalah yang terbaik buat saudari. kadang2 pada kita seseorang yang kita sayang itu mungkin adalah yang terbaik.. tapi Allah lebih mengerti dan mengetahui apa yang tersirat. akhir sekali biarlah apa saja yang menimpa saudari, baik atau buruk semakin membuat saudari lebih dekat padaNya. Carilah cinta Ilahi sebelum kita menyintai ciptaanNya. kerana Dialah yang mencipta CINTA🙂
    Semoga Allah memberimu kekuatan untuk melalui semua ini.
    jaga diri😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s