Kring kring.. (k, obit ehh ringtone)
“kin, ade berite sedih ni.”Aku terpaku.
“Nde da meninggal..” Abah terdiam.
Dalam hatiku, aku mengucap: Innalillah wainna ilaihi raaji’uun…
Waktu tu aku sedang bersame Esther, tgh discuss2 pasal SIP.. Aku cube menahan airmate.. Nanti orang nampak…
Aku terus ke library buat project. Cube ketepikan perasaan sedih. Rasenye macam baru haritu aku jumpe Nde, berbual-bual dengan dia. Tak sangke pon ade… Tapi lekas-lekas aku pujuk hati ni. Tenangkan diri bahawe yang hidup pasti mati. Sesekali wajah Nde terbayang di depan mateku.. Wajah yang selalu ceria, yang selalu senyum. Yang begitu penyayang dan lemah lembut. Tibe2 rindu menggamit perasaan..
Lepas je solat maghrib kat sekola, aku terus pulang. Dalam perjalanan pulang tu, mama telepon aku.. Mama tanyer nak ikut tak pegi Kl. Aku cakap aku nak. “k, lekas balik, kiter pegi KL malam ni jugak.” Alhamdulillah, assisstant supervisor aku bagi aku amek cuti.
Sampai rumah je aku pon siap2, mandi. Dalam pukol 8 gitu, aku dan mama keluar rumah. Kite naik bus pegi Johor. Umar (adek aku) tunggu kat Wdlds interchange. Abah tak dapat ikut sebab tak boleh jalan sgt. Hajar (adek) pulak tak dapat cuti.. Jumpe Andi (abg aku) ngan kak zainab kat Johor checkpoints. Andi drive dari Johor sampai KL. Kiter bertolak dari Johor dalam pukol 11 malam. K, dipendekkan cerite, kiter semua selamat sampai di Bukit Beruntong Kl pukol 5 pagi.
Bile kakiku dijejakkan je dlm rumah banglo 2 tingkat tu, aku boleh dengar dgn terang dan kuat sekali orang2 lelaki yang sedang berdengkur. Penat kot dorang, pke ku.. Banyak anak buah dan sedare mare Nde yang datang dari Singapore.
Kiter satu family pon dibawa masuk ke dalam bilik di mana arwah Nde dibaringkan. Kain yang menutupi muka Nde dibuka perlahan. Aku menatap wajah Nde. Cantik, pke ku. Nde seperti tersenyum. Kulit Nde putih sangat. Muke Nde macam orang disolek.
Aku, kakak, mama diajak naik ke atas. Kiter semua nantikan waktu subuh. Dalam pukol 7 lebih gitu, kiter satu family keluar bersarapan. Sebb tanak susahkan tuan rumah. Balik dari sarapan, dlm pukol 8 lebih kot, mayat sudah nak dimandikan. Mayat dimandikan di dapur. Selalunyer mayat dimandikan dengan menggunakan papan kan? Tapi ntah kenape, dorang (anak2 buah plus anak Nde) yang jadikan kaki dorang papan. Maknenyer, mereka duduk berselang seli. Luruskan kaki dan mayat diletakkan atas kaki dorang. Tak silap aku, mayat dimandikan dlm lebih kurang stgh jam atau lebih.
Ketika aku melihat Nde dimandikan (aurat ditutup, jadi mayat tak rase malu), aku insaf. Kepale otak ni selalu terbayangkan diri ini berada di tempat Nde. Sekujur badan yang dahulunya kuat, boleh berdiri, memasak, mendukung bayi. Tapi kini kaku dan tak berdaya sedikit pon. Nde hanya terdiam saat beliau dimandikan. Betapa kerdilnya diri ini, Ya Allah. Sesungguhnya segala apa pun yang Engkau pinjamkan kpd kami, engkau telah tarik balik. Lemah longlai hatiku ini. Sebak ditahan. Mungkin itulah dinamakan Islam- Self surrender. Hidupku, matiku hanyer keranaMu, Allah~
Selepas dimandikan, mayat dibawa ke ruang tamu untuk dikafankan. Semua lelaki disuruh keluar rumah sementara. Aku hanyer dapat melihat. Tanganku kaku dan tak reti nak bantu kafankan mayat. Kain putih membaluti tubuh yang sejuk kejung itu dengan rapi dan ketat sekali. Bau pacai menusuk hidungku. Nde tetap membisu. Hanya menuruti segala apa yang dilakukan terhadapnya. Sekali lagi, aku insaf. Tak dinafikan aku terpke bahawa ade ke orang yang akan mengkafan diriku bile aku mati kelak? Siapa? Saudara mare?
Sesebak sebak aku dan yang lain, tiada seorang pon di dalam rumah tu yang kedengaran tersedu sedan, menangis. Alhamdulillah~ semua redha dgn pemergian Nde. Ami Man (suami de) kelihatan begitu tenang sekali. Kesugulan tidak kelihatan langsung di wajahnya. “Nde tak meninggal pon.. cume tukar alam je. InsyaAllah jumpe nanti”– Andi sampaikan. Subhanallah~
Abg Hussin, kak Nazli, Amin (semua anak Nde) ade waktu tu.. Cuma Abdullah je yang maseh dlm perjalanan pulang dari Indonesia ke Kl. Terdetik hatiku, kesian tak sempat tgk umi buat kali terakhir.
Perjalanan ke kubur begitu menguji sekali. Macam kat padang sahara pon ade. Tanah yang luas, yang tidak ditumbuhi pokok. Rumput2 pon kelihatan begitu kering dan byk crack kat tanah. Tibe2 aku tergambar padang Masyar di mana kiter semua dikumpulkan. Begitu terik sekali.. Aku istighfar~
Ade lah dlm 10 buah kereta plus van jenazah yang ‘menghantar’ Nde ke pusara. Salam dilayangkan kepada ahli qubur. Moga2 mereka dirahmati Allah. Tukang gali kubur maseh sebok menggali. Aku perhatikan dari jauh. Langit begitu tenang sekali. Sesekali je angin bertiup. Ami Man hanyer memerhatikan dari jauh. Hendak juga aku tahu ape dibenaknya
Setelah lubang siap digali, mayat dimasukkan ke liang lahad dlam posisi menghadap qiblat. Aku insaf lagi. Bagaimane agaknyer perasaan aku sekiranyer aku dimasukkan pulak? Aku akan keseorangan menanti bile malaikat munkar dan nakir datang. Aku takut, ya Allah.. sempit ke tidak kuburku nanti? gelap atau bercahaya ke kuburku nanti?
Tok imam membaca du’a: inilah masenyer aku tak dapat tahan lagi. Airmata bercucuran pantas. Aku takut. Aku insaf. Aku tahu masaku akan tiba. Tapi bagaimanakah aku berhadapan dengan sakaratul maut?? Berjayake syaithan yang dilaknat menarik aku mengikut dia??
“Wahai Syarifah Nafisah (Nde) Binte Syed Muhammad Yunos… janganlah engkau takut (err… something like this)… jika ditanya siapakah Tuhanmu, jawap Allah Tuhan aku… etc…” (oops! lupe nak bilang: Nde ialah makcik aku. Kakak kandung bapak aku)
Hatiku berdebar2. seolah olah aku lah yang akan menghadap malaikat2 tu nanti.. hatiku resah dan sgt gelisah…
7 langkah dan malaikat akan bersama Nde. Otakku terus melayang. Memikirkan diriku yang masih hidup ini~
Ami Man begitu tenang memerhatikan isterinya dimasukkan ke dlm liang lahad~